Home Rencana PAS Selangor

UNDI 18: cabaran buat mereka dan ahli parti – Ketua Pemuda DPPN Selangor

66
SHARE

May be an image of text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Undi 18 merupakan satu kejayaan pembawakan politik matang dan sejahtera oleh PAS dalam kerangka strategi politik negara.

Ini apabila pihak kerajaan yang dipimpin Oleh PH pada waktu itu berjaya membentang pindaan rang undang-undang had umur mengundi daripada 21 tahun kepada pindaan umur 18 tahun dengan mendapat sokongan lebih daripada 2/3 majoriti yang terdiri daripada ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang. Ia membawa satu perubahan kepada landskap politik baru dalam negara.

Pindaan RUU undi 18 ini juga sebagai usaha pengiktirafan kepada anak-anak muda yang menjadi sebahagian besar populasi rakyat negara yang telah mencecah hampir 30 juta kalangan warganegara.

Usia Parti Islam Se-Malaysia PAS telah mencecah usia 70 tahun apabila berjaya ditubuhkan pada tahun 1951 membuktikan pengalaman PAS berada dalam Landskap politik tanah air cukup disegani kawan dan lawan.

Perubahan geopolitik negara bermula sebelum merdeka sehinggalah pasca kemerdekaan tidak pernah mengubah prinsip dan dasar perjuangannya iaitu Perlembagaan PAS meletakkan ideologi dan dasar PAS adalah Islam. Hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah al-Quran dan sunnah, serta ijmak ulamak dan qiyas yang terang dan nyata.

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah; serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara[52].

Namun ia tetap menjadi cabaran yang besar buat Parti Islam Semalaysia PAS.

PRU14 yang lalu terdapat corak perubahan yang besar menunjukkan pengundi muda sudah pun mula menggunakan hak mengundi untuk memilih kerajaan mereka. Pengundi muda merupakan kumpulan terbesar mewakili suara 48% daripada jumlah keseluruhan pengundi.

Kini Undi 18 sekarang ini sudah diangkat sebagai gagasan negara meraikan peluang baru untuk anak muda mencorakkan kepimpinan negara.

Rentetan undi muda ini juga akan mula mencorakkan komposisi keahlian dan kepimpinan sesebuah organisasi terutamanya parti politik yang terlibat dengan undi pilihanraya yang akan membentuk kerajaan samada negeri mahupun pusat.

Maka parti yang pantas menyambut tangan dan semangat undi18 dan anak muda ini akan menjadi pendahulu persaingan undi pilihanraya akan datang.

Cabaran sesebuah parti dalam menghulur dan menyambut penyertaan anak muda ini ialah pada ahli sedia ada.

PAS sebenarnya secara alami telah menerima anak muda lebih awal semenjak sebelum merdeka lagi. PAS secara jelas meletakkan syarat individu akil baligh boleh menyertai parti Islam itu

Sebagai sebuah gerakan Islam yang mesti bergerak selaras dengan ciri-ciri Islam, akil baligh ialah umur yang cukup hijau dan muda untuk dilibat masuk ke dalam organisasi parti yang sesuai sebagai sebuah sekolah yang ditadbir dan dididik oleh guru politik dan dakwah anak muda.

Sejarah Islam juga telah menunjukkan begitu banyak siri kejayaan para sahabat dan golongan selepas mereka meluaskan jajahan dan dakwah Islam

Bahkan peninggalan anak muda Islam mereka pada masa dahulu itulah yang telah parti kita warisi nikmat islam dan iman pada hari ini.

Maka atas kitaran mata rantai sejarah itu, bersesuaian dengan perlembagaan dan kesediaan kerajaan yang kita sebagai anggota terajunya maka ahli PAS mesti menjadi ahli politik yang pertama berjaya membuka ruang dan peluang kepada anak muda berperanan menyertai parti keramat kita.

MUSLIMAT MUDA PERLU DIBERI PELUANG

Saya juga melihat sudah tiba masanya Muslimat muda diberikan pengiktirafan untuk mengemudi satu Dewan yang sama seperti peranan Dewan Pemuda PAS.

Insyallah saya yakin jika kita melihat kepentingan anak muda khususnya Muslimat muda diberi ruang dan peluang untuk bersama membuat strategi dan berdikari ia merupakan satu langkah yang memberi impak yang cukup positif kepada usaha menarik minat anak muda bersama dengan perjuangan Parti Islam Se-Malaysia PAS.

UBAH CABARAN KEPADA POTENSI DAN PELUANG

Dengan terlaksananya pendaftaran automatik pengundi termasuklah kalangan warganegara seawall 18 tahun, kita wajar mengubah corak perbahasan kita dari membincangkan cabaran kepada potensi peluang. Kita tidak boleh statik dengan kerangka kerisauan “cabaran” tetapi wajar kita memandang dengan skop yang lain iaitu kerangkan “potensi dan peluang” yang terbentang luas.

Walaupun cabaran pastinya ada namun kita lihat potensi dan peluang lebih besar dengan :
1. Ini peluang menambah suara kalangan pengundi melayu Muslim
2. Adat bekeluarga kalangan melayu Muslim memberikan pengaruh kalangan remaja
3. Parti-parti melayu Islam perlu disatukan terlebih dahulu.

Minda perbahasan kita terhadap anak muda 18 tahun ini perlu difokuskan kepada apa keperluan semasa mereka dalam membantu kelangsungan hidup mereka yang semakin mencabar di masa kini terutama yang melibatkan hal ehwal :

1. Kerjaya dan peluang pekerjaan
2. Kos sara hidup dan pemilikan rumah pertama
3. Kebajikan dalam rumah tangga serta panduan gaya hidup

Saya kira kejayaan besar jika 3 perkara besar ini mampu kita ketengah menurut solusi Islam pada konsep dan pelaksanaan. Anak muda masa kini “terhimpit” dengan kelangsungan hidup sehingga ada yang menyebabkan mereka tidak peduli “apa parti politik” yang memerintah tetapi mereka cukup terkesan dengan “apa yang dilakukan oleh parti politik”.

PERIHAL IMEJ ANAK MUDA DALAM PARTI

Arus masa kini yang perlu kita perhatian ialah perubahan dari slogan “anak muda geng kita” kepada “anak muda calon kita”. Ini kerana selera pengundi sudah berubah. Kelompok generasi millennial yang bukan lagi seperti generai X,Y mahupun Z.

PAS memiliki keupayaan dalam mengetengahkan calon muda sama ada dari sudut kepimpinan dan calon. Selain itu sayap Dewan Pemuda merupakan satu-satunya sayap yang memberikan fokus secara 100% kepada anak muda. Tidak dinafikan kalangan muslimat muda di bawah Dewan Muslimat namun fokus kerja yang sangat besar dan meluas, bukan 100% kepada anak muda sebagaimana Dewan Pemuda.

Tidak cukup dengan 1 Dewan sahaja memikul tugas 100% fokus kepada anak mud aini. Kita wajar berani melangkah ke hadapan setelah kejayaan terlaksana dengan memberikan peluang muslimat muda mengemudi sebuah dewan mereka tersendiri. Ini akan menjadi 2 Dewan terdiri dari Pemuda dan Muslimat Muda yang memberikan fokus 100% kepada anak muda.

Isu-isu anak muda sangat banyak yang memerlukan sentuhan pemuda dan muslimat muda. Bukan bermaksud muslimat muda tidak boleh bergerak tanpa penubuhan dewan tetapi gerak kerja terfokus 100% yang perlu dilihat jangka panjang. Suara dari anak muda parti kita perlu “melayani” kerenah dan keperluan anak muda luar. Mungkin dari sudut Dewan lain ada fokus mereka tersendiri secara 100%, maka begitulah fokus pemuda dan muslimat muda secara tersendiri dengan pindaan diwujudkan Dewan tersendiri.

Ini uslub yang pelbagai. Dasar tetap sama kerana Dewan ini sayap, dan sayap ini tidak akan terpisah dengan badan dan kepala iaitu PAS Pusat dan Majlis Syura sebagai pemantau dan pemandu agar terus memastikan semua Dewan dan halatuju parti berada di atas landasan yang benar.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor