Home Berita PAS Wilayah

PAS Kawasan Wangsa Maju laksana mesyuarat kali Ke-24 patuhi SOP

118
SHARE

Oleh Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU 21 Okt: PAS Kawasan Wangsa Maju telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke-24 pada 17 oktober di Dewan DE’ Orchid,Taman Melati.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Wangsa Maju telah dirasmikan oleh Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Puan Hajah Nuridah Binti Mohd Salleh.

“Kita perlu sentiasa meneruskan agenda perjuangan kita dengan lebih kedepan dan komitmen yang padu,.” ujar beliau dalam ucapan perasmiannya.

“Jadi kita kena bersiap sedia dengan suasana baharu. Memanglah pada peringkat awal susah laksanakan norma baharu ni, namun lama-lama insya-Allah akan ok.

“PAS lebih tumpu kepada politik semasa dalam mewujudkan perpaduan rakyat hingga berjaya memenangi kerusi Parlimen Wangsa Maju bersama dengan rakan-rakan dalam PN.

“Selain itu, PAS Wangsa Maju menerima perubahan secara demokrasi dalam tempoh singkat ini memberi gambaran jentera Pas di Wangsa Maju sudah bersedia untuk berdepan PRU15,” katanya

YDP PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani turut berpuashati dengan perjalanan mesyuarat pada hari ini yang memenuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Perwakilan yang hadir lebih kurang seramai 100 orang perwakilan yang terdiri daripada ahli-ahli jawatakuasa diperingkat 16 PAS cawangan.

Dalam mesyuarat ini juga, pemilihan ahli jawatankuasa PAS Kawasan Wangsa Maju bagi sesi 2021-2023 telah diputuskan dengan jawatan Yang Dipertua, Timbalan dan Naib Yang Dipertua kekal disandang oleh kepimpinan yang dilantik sebelum ini.

Masing-masing ialah Ustyaz Abdul Rani Mohamed Daud, Haji Azhar Omar dan Izamuddin Bin Ludin

Abdul Majid Bin Abdul Kadir, Abdul Halim Bin Yahaya,Jenalis Bin Abdul Kahar,Muhammat Puzi Bin Ahmat,Mishadi Bin Junos,Mat Fadzil Bin Mohamad,Hamidon Bin Pawanteh,Mohd Noor Ihsan Bin Kamaruzaman,Zainal Abidin Bin Napi,Mohamad Mathurudi Bin Rejab,Md Marzuki Bin Razali,Abdul Rahim Bin Jonit,Solahuddin Al Ayubi Bin Yahya, Abdul Hamid Bin Hashim,Mohamad Asri BIN Abdul Wahid dan Mat Bakri Bin Che Hat