Home Rencana PAS Selangor

Manifestasi cinta untuk Rasulullah SAW – AKTAR DPPK Subang

81
SHARE

May be an image of text that says "#JOMSELAWAT MANIFESTASI CINTA UNTUK RASULULLAH S.A.W. Qudwah Rasulullah, Ikutan Ummah"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Akademi Tarbiyah (AKTAR) Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ
یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

[Surah Al-Ahzab : 21]

Rasulullah SAW telah diiktiraf oleh Allah SWT sebagai seorang manusia yang patut dicontohi dan diikuti. Dalam mendepani cabaran perjuangan, penghayatan terhadap Sirah Nabi SAW merupakan asas dan penting kepada ahli gerakan Islam supaya segala gerak kerja yang dibuat dipandu dengan contoh yang telah diberikan oleh Rasulullah SAW.

Sempena kelahiran Rasulullah SAW apa yang perlu ahli gerakan Islam perlu lakukan?

1) Banyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW.

Bertepatan dengan Hadis :

“Sesungguhnya orang yang paling utama bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”

2) Membaca dan Menghayati Sirah Rasulullah. Kerana dengan Sirah memberikan panduan dalam melakukan gerak kerja samaada teknikal, strategi dan sebagainya.

3) Peka dan cakna berkaitan hal Ehwal umat Islam samaada di Malaysia ataupun di Luar Negara.

Rasulullah SAW bersabda :

من لم يهتمَّ بأمر المسلمين فليس منهم

Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang Islam maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.”

4) Sentiasa mengulangi asas-asas gerakan Islam, dasar dan Perlembagaan parti. Supaya menjadikan ahli sentiasa kompiten dan sentiasa termotivasi untuk melakukan gerak kerja dalam jemaah.

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولࣱ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِی۟ن مَّاتَ أَوۡ قُتِلَ ٱنقَلَبۡتُمۡ عَلَىٰۤ أَعۡقَـٰبِكُمۡۚ وَمَن یَنقَلِبۡ عَلَىٰ عَقِبَیۡهِ فَلَن یَضُرَّ ٱللَّهَ شَیۡـࣰٔاۗ وَسَیَجۡزِی ٱللَّهُ ٱلشَّـٰكِرِینَ

“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)”.

[Surah Ali Imran : 144]

Walaupun jasad Nabi tiada, tetapi perjuangan Nabi tetap diteruskan demi memastikan Islam ditegakkan di atas muka bumi. Wallahualam.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor