Home Rencana PAS Melaka

Pena editor Melaka | PRN atau darurat? Keputusan BN harus berhati-hati

151
SHARE

ISNIN lepas rakyat Melaka dikejutkan dengan empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) blok kerajaan mengumumkan penarikan sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali. Ini menjurus kepada jatuhnya kerajaan BN Melaka.

Semalam pula Speaker DUN Melaka yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh membuat pengumuman bahawa TYT Yang di-Pertua Negeri telah bersetuju untuk DUN Melaka ke-14 dibubarkan.

Ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Melaka tentang kemungkinan tragedi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan berulang pula di Melaka. Dalam PRN Sabah pada penghujung tahun lepas telah mewujudkan gelombang Covid-19 yang berlarutan sehingga ke hari ini!

Ada juga cadangan agar Kerajaan Negeri Melaka memohon pengisytiharan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong agar PRN dapat ditangguhkan sehingga keadaan lebih selamat daripada wabak Covid-19.

Namun, jika itu yang dilakukan, BN harus berhadapan dengan kecaman pembangkang. Pasti mereka akan mengecam tindakan mengisytiharkan darurat tersebut.Biasalah perangai pembangkang seperti PH- DAP ini.

Kita memang mengadakan darurat untuk mengelakkan berlaku PRN bagi melindungi rakyat daripada terlibat dengan gelombang Covid-19. Namun pasti pembangkang akan menuduh tindakan mengadakan darurat itu sekadar helah untuk BN mengekalkan kuasa walau pun sebagai caretaker.

Sukar untuk mengelakkan pembangkang daripada memainkan isu ini. Mereka pasti sedang marah kerana tindakan membubar DUN telah ‘menyailang’ hasrat mereka untuk membentuk kerajaan semula.

Mereka akan memainkan isu ini sebesar-besarnya. Mereka akan berkata bahawa BN sepatutnya boleh melakukan peralihan kuasa secara baik untuk mengelakan DUN dibubarkan.

Namun dengan membubarkan DUN memerlukan PRN dilakukan pada waktu yang sepatutnya. PRN pula sukar dilakukan kerana bimbang bahaya Covid-19. Kerana itu perlu pula pada darurat.

Mereka pasti akan bertanya, mengapa tidak biarkan sahaja peralihan kuasa berlaku? Jadi tidak perlu bubar DUN, tidak perlu PRN dan tidak perlu darurat. Ini adalah perkara yang perlu dihadapi oleh BN dengan keputusan ini.

Apa-apa pun kita memang tidak suka untuk melihat PH-DAP daripada memerintah kita semula. Semoga dipermudahkan segala urusan demi kebaikan rakyat.

IBNU JANIE
EDITOR
Berita PAS Melaka dan WARM

 

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.