Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Umat Islam Tiada Pilihan Kecuali Tolak Calon Liberal dan Rasuah

2700
SHARE

Umat Islam Tiada Pilihan Kecuali Tolak Calon Liberal dan Rasuah

Oleh : Muhammad Mujahid

Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Khairul Azmi Ismail sekali lagi mengingatkan para pengundi agar membuat penilaian terhadap calon-calon dari parti-parti yang bertanding termasuk juga calon dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

“PAS tiada calon dari kalangan pejuang LGBT.

“PAS tiada calon dari pejuang SIS (Sister In Islam).

“PAS tiada calon anti hadith.

“PAS tiada calon yg terlibat dgn rasuah.

“PAS tiada calon LIBERAL.

“PAS tiada calon SYIAH.

“PAS tiada calon ANTI ISLAM, ” jelas beliau.

Terdahulu, terdapat pendedahan calon-calon dari sebuah parti politik yang menyokong agenda liberal seperti perjuangan LGBT dan Sister In Islam (SIS) yang jelas bercanggah dengan fitrah ajaran agama selain bersikap keras terhadap usaha pemerkasaan mahkamah syariah RUU 355.

Oleh itu, para pengundi dinasihatkan memilih calon yang bersih dari agenda liberalisasi dan anasir-anasir yang merosakkan kesejahteraan Islam di Malaysia.