Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Program Minyak Motor Percuma Parlimen Kuala Nerus

1,043 views
SHARE

Program Minyak Motor Percuma Parlimen Kuala Nerus

ALHAMDULILLAH, Program Minyak Motor PERCUMA mendapat sambutan baik dari warga marhaen khususnya. Setakat ini lebih 1000 buah motor hadir di tempat program di Shell Kg Duyong, Seberang Takir pada 20.4.2018 dan Shell Bukit Tunggal pada 25.4.2018. Insyallah menyusul lagi di Petronas Tok Jiring hari ini 26.4.2018 dan Shell Padang Air, Tepoh jumaat esok jam 5 ptg. Perbincangan dibuat untuk program yang sama di Petronas Gong Pak Jin dan Shell Batu 6 tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana masalah teknikel.

Program ini masuk tahun ketiga dilaksanakan setelah berjaya dilaksanakan pada Ramadhan 2017 dengan penyertaan lebih 2000 buah motor dan Ramadhan 2016 dengan penyertaan lebih 1000 motor.

Ia bertujuan mendekatkan diri dengan rakyat marhaen dan warga anak muda khususnya. Moga ia membantu sedikit sebanyak rakyat Marhaen.

Ustaz Dato’ Dr Khairuddin Takiri

AJK Dewan Ulamak PAS Pusat