Home Berita PAS Selangor

Ulamak dan Pemuda PAS Selangor buat laporan polis kebiadaban DAP – BPPN Selangor

28
SHARE

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Gombak | Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah membuat laporan Polis terhadap pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang yang biadab mengulas dan mengatakan berkaitan “Kerajaan Allah”.

DUPNS diwakili oleh Setiausaha Dewan Ustaz Muhammad Najhan Halim dan sementara DPPNS diwakili oleh Saudara Mohd Fadzli Abu Bakar Naib Ketua Pemuda PAS Selangor. Laporan itu dibuat di Balai Polis Gombak yang turut disertai oleh rakan-rakan Pemuda PAS Gombak.

Diharapkan laporan tersebut terhadap Pemimpin DAP itu dapat disiasat dan diambil tindakan segera di atas tulisan penghinaannya tersebut. Jelas, beliau sengaja tidak menghormati dan menjaga sensitiviti umat Islam dalam negara ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor