Home Berita PAS Selangor

“Kami sibuk hendak membantu” – PAS Kawasan Sungai Buloh

28
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Buloh | Sebahagian besar kawasan di Selangor telah diPKPDkan bagi memberhentikan penularan wabak Covid-19 dan pastinya rentetan dari PKP 3.0 berlanjutan ke PKPD banyak memberi kesan pada penduduk di Parlimen 107 Sungai Buloh.

Baru-baru ini, PAS Kawasan Sungai Buloh telah membuka Tabung Khas Covid-PKPD dan melihat daripada permohonan, ramai yang terkesan dan perlu diringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh sebahagian penduduk di kawasan Sungai Buloh.

PAS Sungai Buloh mendapatkan bungkusan makanan asasi di Pejabat PAS Negeri Selangor dan tanpa berlengah mereka memulakan serahan sumbangan terus ke pemohon di Flat Kristana, Taman Seri Pristana. Serahan akan diteruskan ke pemohon seterusnya.

Mari sama-sama kita doakan mereka agar bantuan ini dapat dilaksanakan dengan segera dan selamat.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor