Home Berita PAS Selangor

DHPP Tidak Ketinggalan Membantu DPPK Kuala Selangor – DPPK Kuala Selangor

19
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Selangor | Wabak Covid-19 yang melanda negara kita, menjejaskan segala pergerakan ekonomi negara dan individu tidak kira kaum, bangsa dan agama. Kerana ujian ini kita hadapi sebagai sebuah nagara, kita hadapi bersama. Oleh itu, kita perlu bantu sesama sendiri.

Pemuda PAS Kuala Selangor, sebaik sahaja mendapat info terdapat tiga keluarga yang memerlukan bantuan segera, mereka terus bergegas menyiapkan kit keperluan makanan untuk diserahkan kepada keluarga-keluarga tersebut.

Masing-masing terjejas punca pendapatan akibat perlaksanaan PKPD baru-baru ini. Semoga dengan bantuan ini dapatlah meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka.

Ada juga yang terpaksa menjalani kuarantin kendiri kerana salah seorang ahli keluarga mereka telah dikesan positif COVID-19. Sama-sama kita doakan kesembuhan buat keluarga ini. InsyaALLAH.

Saudara Kumar daripada DHPP juga turut turun untuk memberikan sumbangan kepada penduduk di Taman Permai yang terjejas akibat pandemik ini. நன்றி Naṉṟi buat saudara Kumar atas usaha yang murni ini.

“Kepada yang memerlukan, jangan malu untuk meminta bantuan sekiranya dalam waktu terdesak. Roger kami jika terdesak! Kami akan cuba bantu untuk kebajikan kita bersama”, pesan Pemuda PAS Kuala Selangor. Boleh hubungi mereka di talian hotline Khidmat Malaysia Negeri Selangor di 018-3705818.

Sekiranya tuan puan berkemampuan dan ingin menyumbang, tuan puan boleh menyalurkan dana ke dalam akaun BIMB yang tertera di bawah. Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu ramai lagi individu yang terkesan di luar sana. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha ini.

Akaun : Jabatan Amal Kuala Selangor
No. akaun : 12083010039440
Bank : Bank Islam

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor