MARANG – Muslimat diingatkan sentiasa mendampingi Ulama kerana para ulama mempunyai peranan penting sebagai pemimpin umat untuk meneruskan dan memelihara syiar dan kemuliaan Islam.
Timbalan Ketua Halwa DUN Ru Rendang, Ustazah Faridah Omar, berkata daripada ulama kita mendapat peringatan tentang perjalanan hidup beragama.
“Dengan menghadiri Majlis ilmu kita sentiasa dalam peringatan dan dapat menginsafi diri kita yang melakukan dosa”, jelas beliau ketika menyampaikan tazkirah sempena Jaulah Muslimat Ru Rendang ke Kelantan pada 24 Februari di Pantai Bari Besar, Setiu.
Rombongan seramai 120 orang itu yang diketuai oleh ketuanya Hajah Azizah Mohd Yusof singgah santai di pantai peranginan tersebut untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang.
“Detikkan dalam hati jaulah ni untuk merenung ciptaan Allah, hayati nikmat dan kebesaran Allah dengan alam keliling seperti laut, kecantikan tubuh badan…untuk dapatkan pahala, agar perjalanan…jaulah tidak sia-sia”, terang beliau lagi.
Ustazah Faridah juga menerangkan kelebihan Kad sejahtera yang bernilai RM500 untuk membantu golongan warga emas dan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan yang lebih cepat di klinik swasta agar tidak terlalu lama menunggu pengurusan di hospital atau klinik kerajaan.
“ Itu antara manifesto PAS, kalau PAS menang, mengambil alih kerajaan Terengganu, selain nak adakan kawin percuma..bagi mereka yang nak kawin…Majlis percuma diadakan…Kahwin beramai-ramai”, tambah beliau lagi kepada ahli rombongan yang terdiri daripada berbagai peringkat umur.
Mereka yang menaiki tiga buah bas itu bertolak pada pukul 7.00 pagi dari Pejabat DUN di Kijing, telah meninggalkan pantai tersebut pada jam 11.00 pagi untuk ke destinasi utama dan berangkat pulang pada jam 6.00 petang