Home Berita PAS Terengganu

Hari Wanita (HAWA) DUN Rantau Abang disambut meriah 

1075
SHARE

DUNGUN – Hari Wanita atau ‘HAWA’ telah berjaya mempertautkan hubungan yang lebih mesra antara kepimpinan Halwa dengan masyarakat terutama golongan wanita DUN Rantau Abang.

Majlis yang diadakan sabtu lalu itu telah menghimpunkan hampir 140 orang wanita di DUN tersebut tanpa mengira politik kepartian.

“Hari Wanita ini kita adakan bertujuan untuk menyalurkan pelbagai informasi semasa dan ilmu pengetahuan kepada wanita dalam meneruskan kehidupan yang semakin mencabar kini”, ujar Ketua Muslimat DUN, Hajah Rugayah Mahmood ketika merasmikan majlis penutup program yang diadakan di Surau Taman Rakyat Jaya di sini.

Pelbagai acara-acara yang penuh dengan kemeriahan diadakan untuk wanita dan kanak-kanak seperti Pertandingan Memasak Nasi Goreng, Meraut Lidi,Menyusun ‘Puzzle’ dan banyak lagi.

Program yang diserikan lagi dengan kehadiran isteri Ahli Parlimen Dungun, Hajah Siti Zaleha Mohamad itu juga menyediakan perkhidmatan Rawatan Alternatif Akupuntur dan Rawatan Pemeriksaan  Kesihatan secara percuma.