Home Berita PAS Melaka

‘Ukhuwah Hiking’ bina semangat kekitaan dalam Pemuda

1233
SHARE

Oleh : HANIFF ABD RAHIM

BUKIT BERUANG : Department Of Art, Culture & Sport (DACS) di bawah Dewan Pemuda PAS kawasan Hang Tuah Jaya telah menganjurkan program Ukhuwah Hiking, bertempat Bukit Beruang, disini.

Objektif program ini, mempromosikan gaya hidup yang sihat, memupuk semangat kekitaan dalam kalangan pemuda, menambah ikatan ukhuwah dan meletakkan rasa cinta dan bersaudara kerana Allah.

Program tersebut disertai lebih 15 orang Pemuda dan menampilkan Ustaz Najib Kassim sebagai pentazkirah sepanjang program pendakian dijalankan.

Ustaz Najib, mengingatkan bahawa kehidupan di dunia ini adalah satu ujian.

“Dalam perjalanan kita untuk mendaki bukit hari ini, umpama satu kehidupan yang dilalui untuk sampai ke puncak. Sepanjang perjalanan itu, pelbagai liku dan cabaran yang kita lalui. Manusia yang mendaki dengan cara yang betul, kemudian mengikut panduan dan tunjuk arah yang diberikan akan selamat sampai. Begitu juga, kita yang ingin menuju ke syurga, pastinya lebih banyak ujian & cabaran yang perlu dilalui di dunia ini. Sekiranya kita mengikut aturan dan arahan Allah, insha-Allah kita akan selamat sampai ke destinasi Syurga.” katanya

Sementara itu, Ustaz Najib berpesan kepada pemuda dalam hidup ini, Allah SWT tidak menilai ukuran kekuatan fizikal dan banyaknya amal seseorang. Tetapi lebih dinilai dari sudut kualiti dan ketaatan. Sesungguhnya yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling bertaqwa.

Turut menjayakan program tersebut, Pengerusi DACS Hang Tuah Jaya, Muhammad Sanusi dan Ketua Pemuda PAS Hang Tuah Jaya, Muhd Ridzuan Mohd Sarif.