Home Artikel PAS Sabah

Ucapan Tahniah Misi Kemanusian PAS Tawau – Palu, Sigi, Donggala

94 views
SHARE

 

Assalaamu’alaikum wbr.

PAS Kawasan Tawau ingin merakamkan setinggi-tinggi  syukur kehadrat Allah swt atas kejayaan misi bantuan mangsa Tsunami dan Gempa Bumi di Palu, Sigi dan Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia pada 6 hingga 12 November 2018 lalu. Misi ini adalah sebahagian dari siri misi bantuan PASRELIEF Malaysia.

PAS Kawasan Tawau juga mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua penyumbang, derma kewangan, pengangkutan, penginapan dan barangan yang telah di sampaikan kepada mangsa-mangsa  tersebut.

PAS Kawasan Tawau menyanjung tinggi 7 orang relawannya yang sedia mengembeling tenaga, masa dan wang untuk kejayaan misi ini. Relawan misi ini di bantu oleh pimpinan dan relawan dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Negeri Sulawesi Tengah dan Daerah Palu yang mengiringi dan membantu menyediakan logistik dan penyampaian sumbangan.

Kami merakamkan simpati kepada semua mangsa tsunami dan gempa bumi Palu, Sigi dan Donggala dan mendoakan kesejahteraan untuk semua. Semoga mereka tabah menghadapi masa hadapan yang tentunya sukar dan mencabar.

Misi bantuan lawatan dan tinjauan kami dan pengalaman ini adalah manifestasi kesungguhan PAS Kawasan Tawau bagi menangani kebajikan kepada mangsa bencana alam bukan saja di Tawau, Sabah malah kami insyaallah bersedia untuk misi-misi kebajikan serantau.

Terima kasih

Mohamad Husain

AJK PAS Malaysia

Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau