Home Rencana PAS Selangor

Ucapan Selamat Hari Malaysia oleh Muslimat PAS Sepang – DMPK Sepang

17
SHARE

May be an image of 2 people, headscarf and text

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang

Tema Hari Malaysia iaitu Malaysia Prihatin pastinya membawa aura dan penghayatan berbeza pada sanubari rakyat Malaysia. Ini kerana perkataan prihatin yang membawa maksud mengambil berat dan mengambil peranan adalah terjemahan tingkah dan tindakan kerajaan Malaysia yang sentiasa mendahulukan kesejahteraan dan kebajikan rakyat dalam kekalutan menangani pandemik COVID-19 yang belum berkesudahan. Pelbagai bantuan dan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan bagi menyokong rakyat.

Malaysia Prihatin juga adalah amat bertepatan menggambarkan amalan dan sikap saling menyokong di antara rakyat Malaysia ketika ramai yang meredah ujian dan dugaan menghadapi kenyataan kehilangan sumber pendapatan. Lebih menyayat hati lagi apabila begitu ramai yang kehilangan ahli keluarga saban hari.

Namun, toleransi dan keprihatinan rakyat Malaysia amat membanggakan. Ramai yang tampil menghulur pelbagai bentuk bantuan dan sokongan moral kepada mereka yang terjejas. Semangat perpaduan yang membugar di kalangan rakyat Malaysia ternyata menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia.

Sempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini, marilah kita menghayati semula jasa dan pengorbanan pejuang agama, bangsa dan negara sebelum ini. Merekalah yang telah mengorbankan jiwa, keringat dan darah mereka untuk melihat kebebasan anak bangsa daripada cengkaman penjajah.

Bersama kita menjadikan Hari Malaysia sebagai hari untuk memperbaharui semangat perpaduan dan cintakan tanah air. Sebar luaskan semangat patriotisme ini sehingga ia membara dan tersemat di jiwa setiap anak Malaysia.

Bersama kita meyemarakkan semangat cintakan Malaysia dan menumpahkan sepenuh taat setia kepada negara untuk masa depan yang lebih makmur dan maju.

“Selamat Menyambut Hari Malaysia”

16 September 2021 | 9 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor