Home Rencana PAS Selangor

Sambut Hari Malaysia bersama keluarga Malaysia – YDP PAS Kawasan Hulu Langat

9
SHARE

May be an image of 3 people, people standing and text that says "Selawat MALAYSIA PRIHATIN Menyambut Hari Malaysia 2021 "Kita Semua Keluarga Malaysia, Bersama membangun Negara "Malaysia Prihatin" Mohamad Jan Sulong Ra Abdul Latif Radzi giar Bahagian Bersatu Langat #IslamMemperkukuhPerpaduan #MemimpinNegara Datuk Johan Abd Aziz Ketus MNO"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Mohamad Jan Bin Sulong
YDP PAS Kawasan Hulu Langat

KENYATAAN RASMI
PAS KAWASAN HULU LANGAT

[PKHL/KR/04/2021]
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA, HARI KELUARGA MALAYSIA PRIHATIN

1. PAS Kawasan Hulu Langat (PKHL) ingin mengucapkan selamat menyambut “Hari Malaysia 2021” kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya buat seluruh keluarga warga Hulu Langat yang dikasihi, seterunya mendoakan semoga rakyat kita terus kekal tenang dan bersatupadu dalam rumpun “Keluarga Malaysia”.

2. Bertemakan “Malaysia Prihatin”, PKHL mengajak seluruh rakyat “Keluarga Malaysia” bersama menghayati tema ini dengan mengambil peranan dalam mengukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum dan pelbagai agama ini dengan menepikan sentiman politik dan mengutamakan muafakat agar kita dapat bersama membagunkan ekonomi dan memelihara keselamatan dan kesejahteraan rakyat demi kedaulatan negara kita.

3. Memandangkan parlimen telah membuka tirainya, PKHL juga ingin mengucapkan selamat bersidang kepada semua Ahli Parlimen dan mengharapkan semua MP dapat bersidang dengan harmoni, fokus pada isu-isu yang mendasari realiti sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, dan bukannya medan untuk melepaskan geram dan dendam kesumat sehingga terabai tanggungjawab yang sebenar untuk rakyat.

4. Sebagaimana nasihat Yang Di Pertuan Agong kepada seluruh Ahli Parliman Dewan Rakyat dan Dewan Negera, adanya demokrasi ini maka bermusyawarahlah dalam mencari jalan penyelesaian, berbahaslah dengan penuh matang dan bertangggungjawab dengan mengutamakan agenda rakyat, bukan agenda politik peribadi sehingga meletakkan masa depan rakyat sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu.

5. PKHL juga menyambut baik keterbukaan kerajaan dalam melibatkan semua pihak termasuk ahli parlimen pembangkang dalam tadbir urus negara sebagai usaha melestarikan kesejahteraan rakyat ini dapat dicapai bersama, membawa negara kita keluar daripada kemelutan pandemik covid-19 yang masih berlarutan ini dan seterusnya memberi pelbagai manfaat yang terbaik untuk Rakyat Malaysia. Selamat Menyambut Hari Malaysia.

“Malaysia Prihatin”

16 September 2021 | 9 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor