Home Rencana PAS Selangor

Kalam sambutan Hari Malaysia – Ketua Pemuda PAS Petaling Jaya

10
SHARE

May be an image of 3 people, people sitting and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Muhamad Hakimi Hussain

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya

بســم الله الرحــمن الرحــيم

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Selamat menyambut Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia umumnya dan penduduk Petaling Jaya khususnya.

Kemerdekaan yang hakiki adalah apabila kita dapat membebaskan diri daripada sebarang ideologi songsang yang menekan dan menghancurkan akhlak manusiawi. Allah menjadikan akal untuk manusia berfikir dan belajar supaya setiap perlakuan dipandu ilmu yang benar.

Penjajah sudah lama meninggalkan tanahair kita, namun penjajahan ideologi yang ditinggalkan menjadikan rakyat huru-hara atas nama kebebasan yang entah apa-apa. Rakyat Malaysia harus kembali bersatu padu dengan mengetepikan perbezaan demi memperkukuhkan persepakatan yang banyak antara sesama kaum.

Menjunjung kembali perlembagaan tanahair yang mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi serta memartabatkan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang mempertautkan hubungan baik antara sesama kaum. Itulah makna sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang sebenar, bukan sekadar melaungkan kalimah “Merdeka!” sambil mengibarkan bendera sedangkan hati dan pemikirannya jauh daripada rasa cinta kepada negara.

Rakyat Malaysia mampu bersatu bagi membangunkan semula negara menjadi sebuah negara maju dan bertamadun. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

16 September 2021 | 9 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor