Allahu Akbar!
Dengan penuh takzim, patik dan seluruh saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.
Rukun Negara terkandung sebanyak lima prinsip antaranya Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaa serta Kedaulatan Undang-Undang. Patik dan seluruh rakyat Malaysia mengharapkan agar di bawah pemerintahan YDPA negara Malaysia akan terus sentiasa dilindungi dari segala musibah, dilimpahi rezeki serta dikurniakan keamananan sejahtera kepada agama, bangsa dan negara.
Agama Persekutuan Agama Islam perlu sentiasa didaulat dan dijunjung agar keharmonian dan keberkatan sentiasa mengiringi pemerintahan di Malaysia.
Patik dan seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dan berdoa agar Tuanku dikurniakan kesihatan, kekuatan serta ketabahan untuk memerintah negara serta rakyat jelata.
ALLAHU AKBAR!
“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
18 Zulhijjah 1438
09 September 2017