Home Berita PAS Selangor

Tunaikan hak jiran, jangan sampai mereka kibar bendera putih – Pengarah Pilihanraya DMPNS

44
SHARE

May be an image of 1 person, headscarf and text that says ""TUNAIKAN HAK JIRAN TERUTAMA DALAM TeMPOH PANDEMIK COVID19 INI. JANGAN SAMPAI MEREKA MENGIBARKAN BENDERA PUTIH." PUAN NORAZLIN MD SAMSUDDIN PENGARAH PILIHANRAYA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SELANGOR Dewan AS Negeri Selangor DewanM Muslimat PAS Selangor mat, ணணட"

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Puan Norazlin Md Samsuddin
Pengarah Pilihanraya
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Rasulullah s.a.w. selalu dipesan oleh malaikat Jibril supaya berbuat baik kepada jiran. Dalam sebuah hadis sahih; diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Baginda Mulia telah bersabda:

“Jibril sentiasa berpesan kepadaku tentang jiran, sehingga aku menyangka Jibril akan menjadikan jiran itu sebagai waris (kepada jirannya).”

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Lagi Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan.”

Kelak kes sosial yang pertama dibicarakan di mahkamah Allah Subhanahuwata’ala di hari kiamat ialah tentang jiran, samada kita mendakwa jiran atau jiran yang akan mendakwa kita.

Misalnya jiran kita uzur, miskin dan kita tidak pernah menolongnya. Dalam kes sepetti ini, jiranlah yang akan mendakwa kita di akhirat nanti.

At-Tabrani meriwayatkan daripada Jabir r.a. daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda;
“Jiran itu 3 golongan iaitu, jiran dengan 1 hak, iaitu jiran yang musyrik. Dia hanya ada hak kejiranan. Kedua, jiran dengan 2 hak iaitu jiran yang beragama Islam. Dia ada hak kejiranan dan ada hak Islam dan yang ketiga jiran dengan 3 hak iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Dia ada hak kejiranan, ada hak Islam dan ada hak hubungan kekeluargaan.”

Justeru ayuh sama-sama kita tunaikan hak jiran, lebih-lebih lagi dalam keadaan ujian pandemik covid 19 ini ramai yang terkesan. Jangan sampai mereka terpaksa mengibarkan bendera putih.

Bertanyalah khabar dan hulurkan bantuan tidak kira banyak atau sedikit. Mari kita beramal untul akhirat kita dan memudahkan urusan orang lain di dunia.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor