Home Berita PAS Selangor

DPPK Kuala Langat sampaikan bantuan kepada yang terjejas – DPPK Kuala Langat

14
SHARE

May be an image of 2 people and car

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Langat | Rakyat ramai yang susah dan amat memerlukan bantuan akibat Covid-19. Ada yang masih boleh bertahan dan ada juga yang terdesak, kerana di antara mereka ada yang perlu menjaga anak kecil. Pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan telah dijalankan, baik daripada pihak kerajaan, parti politik, NGO bahkan orang perseorangan tampil menghulurkan bantuan.

Menurut kenyataan Dewan Pemuda Pas Kuala Langat, mereka telah mendapat info bahawa seorang insan ini perlukan bantuan susu dan pampers untuk anaknya. Dengan pantas Ustaz Nuresman carikan barang-barangan yang diperlukan. Mereka turut memberi juga sedikit duit belanja untuk saudara ini beli keperluan lain. Walaupun tidak banyak tetapi InsyaAllah dapat dimanfaatkan.

Seterusnya, mereka mendapat berita mengenai seorang wanita yang kehabisan terus barang dapur. Beliau juga diuji dengan kehilangan pekerjaan dan kehilangan sumber pendapatan. Wakil Pemuda PAS, Ustaz Nadzir bergegas carikan barang-barang dapur. Alhamdulillah, menurut mereka nampak kelegaan di wajah akak ni. Dah dapat restock semula barang dapur yang telah habis. “InsyaAllah, mana yang tak cukup kami cuba bantu cukupkan”, ujar mereka.

Jom bantu mereka dengan menyumbang ke :

Bank : CIMB
No akaun : 8602-9401-50
Akaun : Geng Amal

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor