Home Berita PAS Selangor

Bantuan luar biasa buat seorang insan – PAS Kawasan Selayang

30
SHARE

May be an image of indoor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | Selalunya jika yang ada yang mahukan sesuatu pastinya hendak banyak dan jika dapat banyak pasti mahu lebih banyak, ” bagi betis hendak paha” itulah lumrah kita semua sebagai manusia. Tetapi hanya ada segelintir sahaja manusia yang tidak terikut-ikutkan diri kerana mempunyai iman yang kuat.

Menurut Team Khidmat PAS Dun Templer, Selayangmenceritakan bahawa sepanjang mereka terlibat dalam kerja-kerja kebajikan, ini adalah kali pertama yang membuatkan air mata bertakung sangat-sangat menahan kesedihan.

Cerita ini bermula apabila seorang insan whatsapp salah seorang daripada petugas PAS Selayang menceritakan keadaan beliau sekadar bercerita meluahkan sahaja dan cuma yang dimohon hanyalah panadol dan ubat panas sahaja. Barang-barang keperluan lain cukup dah katanya, 2 minggu lepas pihak masjid ada hantar bantuan.

Menurut mereka, sebelum ini beliau menyewa di flat, tetapi disebabkan sakit dan tak mampu bekerja, sekarang menyewa di bilik kecil yang dahulunya hanya stor. Kecik sahaja biliknya tetapi cukup bersih dan kemas.

Abang ni sangat redha dengan apa yang dilaluinya, sebelum ni pernah menjadi guru kafa dan pekerjaan terakhir sebagai tukang masak. Minor strok yang ditimpanya semakin bertambah baik. Cita-citanya selepas sihat sepenuhnya hendak berniaga makanan western sebab beliau ada kemahiran tersebut.

“Tenang sahaja abang ni dalam setiap tuturannya. Jadi telinga yang mendengar ni sangat terkesan di hati setiap yang disampaikan”, terang mereka.

Sebenarnya tempat tinggal abang ni sedikit keluar dari kawasan PAS Selayang, tetapi atas makluman YDP PAS Selayang Hj. Zaidy Abdul Talib, dua petugas PAS Selayang turun juga ke rumah ini segera. Mari kita sama-sama doakan abang ni agar segera sembuh daripada sakit dihadapinya dan dapat meneruskan cita-citanya.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor