Home Berita PAS Pahang

Tujuh buah rumah di Kuantan rosak dilanda ribut

132
SHARE

Oleh : WAN MOHAMED AZMI

KUANTAN, 27 Jun ♦ Hujan lebat beserta ribut telah menyebabkan kerosakan tujuh buah rumah penduduk di sini baru-baru ini.

Sebanyak tiga buah rumah di Kampung Peramu dan empat buah di Kampung Ubai.

Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor telah menyantuni mangsa-mangsa berkenaan dan mengenal pasti kerosakan yang mereka hadapi.

“Kerosakan melibat tercabut atap rumah. Ada di antara penduduk yang telah berusaha membaiki sendiri atap yang telah tercabut.

“Laporan Polis telahpun dibuat. Diharapkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat membuat tindakan susulan bagi membantu mereka,” ujar Wan Razali.

Beliau yang juga sebagai Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuantan telah memberi sedikit sumbangan hasil dari kutipan orang ramai bagi meringankan sedikit bebanan mereka.

Salah seorang mangsa ribut, Uyub Mohamed di Kampung Ubai berkata kejadian berlaku dalam pukul lapan malam, ketika beliau dan ahli keluarganya sedang berihat.

Beliau melahirkan rasa penghargaan di atas kunjungan dan sumbangan yang telah diberikan oleh YB Wan Razali kepada beliau dan mereka yang terlibat.