Home Berita PAS Terengganu

Konsert Gema Islami gamit kehadiran ribuan rakyat

36
SHARE

KUALA NERUS – Kerajaan Terengganu sekali lagi berjaya menganjurkan acara hiburan penuh berprestij melalui penganjuran Konsert Gema Islami hingga mengamit kehadiran ribuan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini.

Bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak lebih 1,000 rakyat hadir bagi memeriahkan acara muzikal Islami yang menampilkan selebriti tanah air iaitu Aiman Sidek, Iwan Syahman dan Ali XPDC.

Konsert itu turut menampikan tiga selebriti dakwah terkenal dan tidak asing lagi dalam negara iaitu Ustaz Haslin Baharin, Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Zul Ramli.

Rata-rata rakyat sangat teruja dengan penganjuran konsert tersebut dan membuktikan kerajaan negeri tidak menghalang sebarang penganjuran hiburan berdasarkan garis panduan.

Dalam pada itu Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzzaman Abdullah menyifatkan program yang dianjurkan pihaknya dengan kerjasama Didik Ulama dan Amilin Terengganu (DUAT) itu menjadi model terbaik bagaimana bentuk program yang boleh dianjurkan di negeri ini.

“Mudah-mudahan program ini akan dapat diteruskan lagi untuk mendidik jiwa rakyat dan memberikan teladan dan juga menjadi model ikutan, berhibur tidak salah tetapi perlu ada caranya,” ujarnya.