Home Artikel PAS Perlis

Tugas Berdakwah Adalah Tuntutan Bukan Pilihan

239 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Para pendokong perjuangan PAS diingatkan agar tidak mengabaikan tugas menyampaikan kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat, demikian kata Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurutnya, tugas berdakwah pada asalnya diperintahkan kepada para nabi dan rasul yang diutus oleh Allah S.W.T. kepada manusia.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, kewajipan berkenaan kemudiannya menjadi tuntutan yang mesti dilaksanakan oleh seluruh umat Islam sehingga hari kiamat.

“Tugas dakwah ini adalah tugas para nabi dan rasul, kemudian ianya disambung oleh generasi kita.

“Tugas ini (berdakwah) bukanlah satu pilihan, sebaliknya sebuah tuntutan kepada kita semua,” katanya kepada para peserta program Program Bayan 4.0 di Kompleks Pendidikan MATIN hari ini.

Tambah beliau, dalam menghadapi zaman yang kian mencabar, kerja-kerja dakwah menjadi semakin penting dan perlu dilaksanakan dengan lebih tersusun dan bersungguh-sungguh.

Menurutnya lag,i ini disebabkan munculnya pelbagai bentuk fahaman serta ideologi yang bercanggah dengan Islam pada hari ini, yang menular dengan cukup pantas ke dalam masyarakat.

Justeru beliau menggesa generasi muda yang mendokong perjuangan Islam supaya tampil ke hadapan memimpin kerja-kerja dakwah bagi menyelamatkan masyarakat yang semakin tenat diasak oleh fahaman dan ideologi berkenaan.

“Adalah penting kepada kita untuk mengerah generasi muda ke arah menjadi amilin yang hebat, demi menyambung tugas dakwah yang kian mencabar,” tegasnya.