Home Artikel PAS Sabah

TLDM beri pengalaman baharu kepada pelajar PASTI

755
SHARE

Oleh: Juliana Hamid
24 Oktober 2019

KUNAK : Lawatan sambil belajar ke Unit 2 PASKAL, TLDM KD Sri Semporna 22 Oktober baru-baru ini telah memberi pengalaman baharu kepada pelajar PASTI An Naufal, Kunak.

Seramai 90 orang murid, 3 orang guru dan 10 orang Ahli Jawatankuasa Jemaah Ibubapa dan Guru (JIBG) terlibat dalam lawatan sambil belajar ini.

Beberapa aktiviti telah disajikan oleh pihak TLDM Semporna seperti pameran senjata. Rombongan PASTI An Naufal turut dapat menaiki helikopter dan kapal laut semasa lawatan.

Lawatan sambil belajar ini berlangsung selama 2 jam 30 minit bermula jam 2.00 petang hingga 4.30 petang.

“Jutaan terima kasih kepada pihak TLDM Semporna atas kesudian menerima kunjungan kami Kali ini”. Kata Maimunah Mahmud yang merupakan Ketua Guru PASTI An Naufal, Kunak.

Sebelum rombongan bergerak pulang, pihak PASTI An Naufal serta pengarah program, Ustaz Muhammad Norshafiq bin Mohd Daud, pengerusi JIBG, Nasrul Hasnizan bin Che Razali mengambil gambar kenangan serta memberi cenderamata kepada pihak TLDM Semporna.