Home Artikel PAS Perlis

Tuan Nur Zahraa Dinobatkan Tokoh Murid PASTI Kangar

140 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Tuan Nur Zahraa bt. Tuan Zailani telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid PASTI Kawasan Kangar sempena Hari Kecemerlangan PASTI Kawasan Kangar 2019 yang telah berlangsung semalam.

Beliau terpilih menerima anugerah berkenaan berdasarkan kepada penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti ko akademik dan kokurikulum termasuk mewakili PASTI Negeri Perlis dalam acara bola jaring dan kalam jamaie.

Tambah manis, pelajar PASTI Smart Aulad Pra Tahfiz itu juga turut naik ke pentas menerima anugerah Murid Cemerlang Kategori 6 Tahun PASTI Kawasan Kangar.

Seramai 224 orang pelajar PASTI berusia 6 tahun telah menamatkan pengajian mereka dan menerima sijil sempena Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Kangar 2019 yang diadakan dalam tiga sidang bertempat di Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Sidang pertama dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Kangar, Ustaz Mohamad Zahid Ibrahim, manakala sidang dua dan tiga dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Perlis, Mohd. Saifizi Saidon dan Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil.

Sementara itu, Humaira Soffea Mohd Hafidz dari PASTI Al Muttaqin pula telah dipilih menerima anugerah Murid Cemerlang Kategori 5 Tahun PASTI Kawasan Kangar.