Home Berita PAS Johor

Trip LATAS ke Bigherbs

1173
SHARE

SUNGAI MAS : Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (LATAS DMPNJ) telah mengadakan lawatan ke Nusery Bigherbs yang terletak di Sungai Mas, Kota Tinggi kelmarin.

Lawatan yang dihadiri oleh ahli LATAS DMPNJ dari beberapa kawasan itu dimulakan dengan pengenalan tentang Bigherbs dan kaedah inovasi penanaman, G3T atau kaedah fertigasi yang digunakan oleh pengusaha Nursery Bigherbs, Encik Fauzan.

Apa yang menarik, tapak semaian ini bukan sahaja menjual pokok-pokok bunga, pokok buah-buahan dan pokok sayur-sayuran tetapi turut menjual pokok-pokok herba yang jarang didapati di pasaran, produk-produk berasaskan pertanian, peralatan-peralatan pertanian dan sebagainya.

Bigherbs juga menyediakan ruang kepada persatuan atau individu yang berminat untuk menjadi rakan niaga dengan memasarkan tanaman mereka disini atau membawa keluar produk-produk Bigherbs untuk dipasarkan.

Besar harapan LATAS DMPNJ, agar usaha-usaha sebegini dapat dicontohi dengan mengambil kira bahawa sektor pertanian dan herba/organik sedang meningkat naik, dengan adanya peluang ini dapat membantu peningkatan ekonomi orang Islam.

Maklumat lanjut tentang NURSERY BIGHERBS boleh layari FB Page https://www.facebook.com/bigherbs.nursery.page/

Berbakti kepada tanah!