Home Kenyataan Media PAS Selangor

“TRAGEDI PENGORBANAN 6 ANGGOTA BOMBA DAN PEMYELAMAT : PEMUDA PAS DAN JABATAN AMAL RAKAM TAKZIAH”

30 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA
JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI SELANGOR
4 OKTOBER 2017 l 24 MUHARRAM 1440

1. Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (JAMNS) bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) hari ini berkongsi kesedihan dengan seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang menerima berita tragedi pengorbanan anggota JBPM malam semalam di Lombong Taman Putra Perdana, Selangor.

2. Dimaklumkan seramai 6 pegawai daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah disahkan terkorban kerana lemas ketika bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat di air seorang mangsa di kawasan tersebut.

3. Pastinya ia satu ujian yang sangat besar terhadap keluarga yang terlibat. Tidak ada kalimah dan ucapan yang paling sesuai melainkan bersabar dan berdoa agar setiap kehilangan ini diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT di kemudian hari.

4. Seluruh rakyat negara ini sudah pasti sangat sedih dan simpati dengan tragedi yang menimpa anggota dan pegawai yang telah terkorban demi menjalankan tugasan Fardhu Kifayah yang sangat dituntut oleh agama Islam ini. Sesungguhnya ini adalah sebuah pengorbanan yang besar buat seluruh rakyat Malaysia.

5. JAMNS memohon semua pihak terus berdoa agar mangsa yang hilang dapat ditemui dan seluruh anggota JBPM dan keluarga mereka sentiasa dilindungi Allah. Semoga mereka semua yang terkorban diberi ganjaran syuhada dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah buat kesemua Allahyarham

Mohd Fatah bin Hashim
Izatul Akma bin Wan Ibrahim
Mazlan bin Omarbaki
Yahya bin Ali
Adnan bin Othman
Muhammad Hifdzul Malik bin Shaari

“Beramal Kerana Allah”
“Terus Mara”
“Islam Memimpin”

Shehdi Hazrik
Pengarah
Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor