Home Kenyataan Media PAS Selangor

Salam Takziah untuk 6 Keluarga Ahli Bomba, Wira Negara.

25 views
SHARE

1. Seluruh masyarakat dan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor khususnya melahirkan rasa terkejut dan dukacita atas berita pemergian 6 orang anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat seorang remaja lelaki di Lombong Taman Putra Perdana Puchong semalam.

2. Kehilangan keenam-enam perwira ini sangat dirasai kerana pemergian mereka ketika sedang menyelamat nyawa orang lain, namun takdir Allah mengatasi segalanya. Setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan dunia ini.

3. Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa. Semoga diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.

4. Semoga kesemua almarhum ditempatkan bersama golongan yang beriman. Seluruh negara pasti akan mengingati jasa dan pengorbanan mereka. Semoga Syurga adalah tempat terbaik untuk mereka.

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain”

Al-Fatihah.

Ustazah Hjh Wan Hasrina Bt Wan Hassan
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
4 Oktober 2018 / 24 Muharram 1440H