Home Artikel PAS Melaka

TPJ2 PAS Melaka Santuni Barisan Hadapan Covid-19 Sekitar Masjid Tanah

527
SHARE

Oleh : IBNU JANIE

MASJID TANAH : Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman menyantuni barisan hadapan Covid-19 sekitar Masjid Tanah dengan mengedarkan sedikit makanan ringan. Ia sebagai tanda terima kasih atas susah payah mereka dalam berhadapan dengan isu Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ustaz Imran yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Masjid Tanah telah menyerahkan sendiri sumbangan-sumbangan tersebut kepada beberapa agensi yang terlibat dalam isu Covid-19 sekitar Masjid Tanah. Antaranya ialah Balai Polis Masjid Tanah, Klinik Kesihatan Masjid Tanah dan Angkatan Pertahanan Awam Masjid Tanah.

Beliau yang sebelum itu baru sahaja selesai menghadiri program penyerahan bantuan makanan di Pejabat Ahli Parlimen Masjid Tanah ditemani oleh Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah Jamaruddin Ahmad dan beberapa orang lagi AJK semasa menyerahkan bantuan tersebut.