Home Berita PAS Selangor

TPJ 3 PAS Selangor bersama wanita PN agih 800 kotak makanan – TPJ 3 PAS Selangor

11
SHARE

Ruangan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor Prof Madya Dr Fuad Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Shah Alam | Pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan diberikan baik dari pihak kerajaan, parti politik, NGO bahkan orang perseorangan tampil menghulurkan bantuan. Keresahan dan kesusahan rakyat amat-amat dirasai namun perjuangan untuk melawan pandemik Covid-19 ini masih berterusan.

Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor Prof Madya Dr Fuad Salleh turut sama dalam menyantuni rakyat yang berhadapan dengan kesusahan hidup. Beliau membuat agihan sebanyak ‘800 Kotak Makanan’ sumbangan daripada Wanita Perikatan Nasional ke kawasan-kawasan untuk membantu mereka yang terjejas. Hari ini 1200 kotak lagi diagihkan.

“Kepada yang tahu ada keluarga yang perlukan bantuan makanan di luar sana, harap dapat berhubung terus dengan PAS Kawasan atau Cawangan untuk diusahakan bantuan kerana PAS Kawasan dan Cawangan di Negeri Selangor juga melakukan inisiatif menyediakan Kotak/Bakul makanan”, ujar beliau lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor