Home Kenyataan Media PAS Selangor

Peniaga lega dengan pengumuman baru waktu operasi – Pesuruhjaya PAS Selangor

14
SHARE

May be an image of 2 people and text

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

Peniaga Lega Dengan Pengumuman Baru Waktu Operasi – Cadangan Kompaun DiHapuskan Kepada Penjaja

Oleh : YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
Pesuruhjaya PAS Selangor

Keputusan kerajaan membenarkan waktu operasi perniagaan bermula 6 pagi hingga 10 malam mulai esok memberi kelegaan kepada peniaga-peniaga makanan di seluruh nagara.

Ini meliputi semua premis makanan, restoran, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, kiosk jualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran, kedai runcit, kedai serbaneka, kedai keperluan harian dan kedai makanan haiwan.

Para peniaga cukup terkesan sebelum ini apabila kebenaran waktu perniagaan mereka sekadar 8 pagi hingga 8 malam. Sebahagian dari mereka mengadu tidak mendapat keuntungan disebabkan bahan jualan tidak habis terjual. Malah sebahagian dari mereka nenanggung rugi terutamanya penjaja tepi jalan.

Apatah lagi sebahagian dari mereka telah dikompaun apabila memulakan persiapan untuk penjajaan lebih awal dari pukul 8 di premis mereka. Ibarat sudah jatuh di timpa tangga, sudahlah payah untuk mendapatkan pendapatan sewaktu PKP ini malah kena kompaun pula.

Cukup simpati dengan nasib kumpulan ini, saya mencadangkan agar kompaun yang di kenakan kepada para peniaga terutamanya peniaga tepi jalan di mansuhkan denda atau kompaun yang dikenakan kepada mereka disebabkan membuka perniagaan lebih awal dari jam 8 pagi.

17 Zulkaedah 1442H | 28 Jun 2021