Home Berita PAS Selangor

Sumbangan buat keluarga yang terkesan akibat Covid-19 – PAS Kawasan Ampang

6
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Negara kita yang kini parah dalam usaha mengharungi wabak Covid-19 yang tidak tahu kalah. Rakyat juga banyak merana akibat penangan pandemik tersebut. Rakyat kehilangan pekerjaan, kehilangan sumber pendapatan, kehilangan ahli keluarga tersayang, kehabisan sumber makanan dan sebagainya.

Banyak NGO-NGO dan segala gerakan dibawah parti seperti PAS Kawasan Ampang telah mengambil tindakan segera bagi membantu mereka-mereka yang memerlukan ini. Menurut laporan PAS Cawangan Kampung Ampang Indah dibawah Parlimen Ampang telah menyampaikan sumbangan kepada ahli yang terkesan akibat Covid-19 baru-baru ini.

Semoga dengan pemberian yang serba sedikit itu dapat membantu ahli-ahli tersebut untuk mengharungi era wabak Covid-19 dengan sedikit mudah, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor