SUNGAI PETANI – Townhall 2 Senator Muda telah diadakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bertempat Pasaraya Mydin Taman Batik, Sungai Petani pagi tadi.
Townhall anjuran Jabatan Profesional Muda (JPro) DPPNK ini telah menampilkan 2 Ahli Dewan Negara sebagai panel iaitu YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Khirudin dan YB Senator Wan Ahmad Faisal Wan Ahmad Kamal, serta dimoderatorkan oleh Ketua Pegawai Operasi Urusetia Penerangan Darul Aman, Abdul Hadi Omar.
Townhall dengan tajuk “Belia Memimpin Negara, Satu Kejayaan” ini menyentuh pelbagai aspek berkaitan belia dan juga menyentuh berkaitan kecemerlangan kejayaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar Negeri Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor.
“Perkara yang paling asas di dalam membentuk jati diri anak muda adalah berteraskan 5 rukun negara, kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada agama dan negara, keluhuran kerlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan,
“Jati diri adalah akar kepada sesebuah bangsa. Jika hendak menghapuskan bangsa, hendaklah hapuskan akar (jati dirinya),
“Sebaliknya jika hendak membangunkan sebuah bangsa, maka hendaklah mengukuhkan akarnya iaitu jati diri mereka”,
Ujar YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil yang juga selaku Ketua Pemuda Pas Malaysia dalam mengupas tajuk Townhall pagi tadi.
Turut hadir dalam program ini Timbalan Ketua Pemuda DDPNK, Ustaz Nasron Othman, Naib Ketua Pemuda DPPNK, Ustaz Aizat Zakaria bersama Ketua ARMADA Negeri Kedah, Mohd Saffuan Sabari dan pimpinan-pimpinan pemuda PAS di semua peringkat.
“???????? ??????”
“????? ??????????? ?????????”