Home Artikel PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor – Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor Turun Ziarah Kebajikan Di Ampang

545
SHARE

Semalam Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan (LKK) DMPNS telah turun ke kawasan Ampang dalam program ziarah berkala. Program ziarah berkenaan diketuai sendiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.

Aturcara program ziarah ke rumah Pn.Hjh Azizah Bt. Hj Akbar yang merupakan mantan AJK Dewan Muslimat Pas Kawasan Ampang. Beliau menghadapi masalah kesihatan dalam masa yang sama Pn. Hjh. Azizah juga telah beberapa kali menjalani pembedahan pada jantung dan kaki beliau.

Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Pn. Hjh. Azizah di rumah beliau mewakili Dewan Muslimat PAS Selangor. Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang beliau tanggung.

25 Zulkaedah 1441H | 16 Julai 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#NormaBaharuCegahCovid19
#DewanMuslimatPASSelangor