Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Tokoh Ulamak Muda dan Bekas Pensyarah Calon PAS Parlimen Rompin

1260
SHARE


Tokoh Ulamak Muda dan Bekas Pensyarah Calon PAS Parlimen Rompin

Oleh : Ibnu Rahim

Warga pendidik merupakan aset berharga dalam mencetak pemuda bagi sesebuah negara.

PAS Pahang kali ini menampilkan Ustaz M Shahrul Nizam bin Abdul Haliff, bekas guru dan pensyarah universiti yang bakal bertanding di P.091 Rompin 9 Mei ini.

Ayah kepada 7 orang anak ini seringkali turun menyantuni masyarakat setempat dan bersiap sedia menggempur kubu kuat musuh tradisi bagi PAS ini.

Tahap pendidikan beliau :
● SK Felda Bukit Tajau, Maran
● SMKA Tahap, Jerantut Pahang
● Ijazah Sarjana Muda Universiti Hashimiah, Zarqa’, Jordan
● Diploma KPLI Maktab Perguruan Islam Bangi, Selangor
● Master Pengkhususan Pengajaran Bahasa Arab, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak

Kerjaya yang telah diceburi :
● Guru SMK Balung,Tawau Sabah
● Guru SMK Seri Bentong, Pahang
● Guru SMK Alor Akar, Kuantan, Pahang
● Guru SMK Sri Jaya, Maran
● Pensyarah Sambilan Universiti Malaysia Pahang
● Pengerusi & Pengasas Maahad Tahfiz Darul Quran dan Hadith Felda Bukit Tajau, Maran Pahang
● Bendahari Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Tawau, Sabah

Selain itu, beliau juga aktif terlibat dalam bidang politik dan aktiviti kemasyarakatan.

Jawatan Politik yang pernah disandang :
● Ahli Jawatankuasa PAS Maran
● Penyelaras Parlimen Rompin

Penglibatan dalam NGO :
● Setiausaha Badan Kebajikan Ilmuan Islam Jordan (IMIJ)

Pengalaman :
● Ahli Mesyuarat Lajnah Pendidikan PAS Pahang
● Anugerah Pendidikan Cemerlang
● Briged Dakwah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
● Pengerusi Masjid Al-Bukhori Nurul Aman (MABNA) Kuantan, Pahang selama lebih 10 tahun

Berdasarkan ilmu, pengalaman dan kerjaya yang dimiliki, tidak dapat dinafikan lagi, beliau bakal membawa perubahan kepada negara yang sejahtera.