Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Calon PAS Tanjung Lumpur Terkejut Billboard Besar Tiba Tiba Muncul

4646
SHARE

Calon PAS Tanjung Lumpur Terkejut Billboard Besar Tiba Tiba Muncul
Oleh: Ibnu Rahim

Baru-baru ini, tersebar meluas di facebook berita tentang billboard yang dipasang oleh ahli terhadap Calon PAS N.15 Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli bin Abdul Jabar.

Perkara ini menjadi tular selepas beliau memuatkan dua keping gambar billboard yang dilihat tersergam indah di tepi jalan dalam kawasan tersebut sehingga mencecah lebih 3.9k ‘like’ daripada ahli.

“Saya pun tak tahu menahu lansung ada orang pasang billboard ni, tahu2 dah ada kat jalan Tg Lumpur, kalau harap duit saya, nak beli bendera pun tak berapa nak cukup

“Saya dimaklumkan penyumbang yang pasang sendiri. Terima kasih banyak atas sumbangan, saya tak mungkin mampu membalasnya dengan harta

“Hanya mendoakan agar Allah kurniakan kepadanya kebaikan didunia dan Akhirat, hanya Allah sebaik-baik Pembalas kebaikan hambaNya.” Ujar beliau melaui akaun facebooknya.

Selain itu, status tersebut telah mendapat respons dan komen yang sangat positif daripada ahli. Kebanyakan daripada mereka mendoakan agar kemenangan berpihak kepada beliau.

Memetik satu komen positif yang telah ditulis “inilah kekuatan PAS. Gerak kerja kami tanpa tiada siapa yg menyuruh. Modal berkempen pun duit sendiri2, sumbangan tenaga tidak pernah dikira. Moga allah berikan kemenangan kpd PAS”.

Oleh itu, jelaslah sumbangan yang diterima oleh PAS adalah kebanyakan dari ahli dan penyokong PAS sendiri yang menderma secara rela hati tanpa paksaan. Semoga Allah membantu perjuangan yang suci ini.