Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Musim pandemik sememangnya telah membataskan anak muda terutamanya dari segi kewangan yang stabil. Acap kali kedengaran ramai yang muflis ketika masih muda dan kemungkinan berlaku kerana tidak mempunyai matlamat kewangan yang jelas dan modus operandi yang strategik.
Usia muda adalah waktu yang sangat penting untuk kita mempunyai kemahiran menguruskan kewangan dengan baik. Banyak perancangan yang ingin dicapai ketika usia muda seperti mempunyai kereta, rumah, perkahwinan dan lain-lain.
Perlunya kepada perancangan kewangan yang baik adalah untuk memastikan mereka mampu untuk mencapai perancangan yang telah mereka tetapkan tanpa perlu mengorbankan banyak perkara atau melibatkan pihak-pihak lain demi mencapai hasrat atau impian sendiri.
Bagi mereka yang baru nak bermula, mungkin tips ini dapat membantu anda untuk mula mencuba menguruskan kewangan sendiri.
Semoga bermanfaat.
18 September 2021 | 11 Safar 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor