Home Rencana PAS Selangor

Gelembung perlancongan – LPMB PAS Kawasan Sungai Buloh

8
SHARE

May be an image of ocean and text that says "LANGKAWI PERMATA KEDAH"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Lajnah Penerangan Dan Media Baru
PAS Kawasan Sungai Buloh

16 September yang lalu telah dibuka Pulau Langkawi, Kedah sebagai perintis sektor perlancongan ketika suasan pandemik bagi merancakkan sektor tersebut.

Sebagai perintis, ianya akan menjadi indikator kepada pembukaan sektor perlancongan di tempat lain. Beberapa agensi kerajaan dan syarikat penerbangan dengan kerjasama Kementerian Perlancongan telah bertungkus lumus menyediakan persekitaran yang selamat untuk menarik pelancong domestik ke Langkawi.

Penduduk Langkawi kebanyakkan bersumberkan sektor ini menyambut baik seruan Menteri Besar Kedah Mohammad Sanusi Md Nor untuk membuka Langkawi kepada pelancong bagi menyuburkan kembali sumber ekonomi mereka yang terjejas teruk sebelum ini. Baik dari syarikat besar seperti hotel-hotel bertaraf 5 bintang hingga ke homestay, mereka telah berusaha menyediakan suasana persekitaran tempat tinggal yang selamat.

Justeru, pelancong domestik diharapkan agar memastikan mereka benar-benar sihat sebelum memulaka percutian mereka disini nanti dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.

Peluang beriadah bersama keluarga ini perlu dimenafaatkan sebaiknya dan menjadi contoh terbaik supaya kerajaan berkeyakinan tinggi untuk membuka tempat-tempat perlancongan yang lain.

Selamat bercuti kepada semua, sebagai Keluarga Malaysia, kita harus menunjukkan disiplin kendiri yang baik untuk kesejahteraan dan kemakmuran bersama disamping membantu mengembeling tenaga untuk memacu ekonomi negara dengan lebih cemerlang, inshaAllah.

“Keluarga Malaysia”

18 September 2021 | 11 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor