Home Berita PAS Negeri Sembilan

Tips : 3 Perkara Buatkan Badan Cergas di Pagi Hari

1030
SHARE
Kredit Gambar: SRITI Lavender

1. Ada tiga perkara yang membuat badan cergas di pagi hari. Tiga perkara ini buat kita menang dengan ‘peperangan’ lawan musuh kita setiap pagi. Bila menang, tubuh kita jadi cergas dan bersemangat.

2. Musuh kita di pagi hari tak lain ialah syaitan. Kerjanya ikat kita pagi hari biar bangun lambat. Ada 3 ikatan. Ikatannya kuat, abam sado belum tentu boleh lawan.

3. Caranya, Rasulullah SAW pesan buat tiga perkara. Satu, bila bangun terus berdoa dan sebut nama Allah. Jangan sebab tengok jam “ah, 5 minit lagi nak subuh…” sudahnya nanti bangun-bangun 5 minit lagi nak pukul 8. Jadi, bangun terus doa bangun pagi. Tercabut ikatan pertama syaitan. 1-0.

4. Dua, segera ambil wudhu. Lebih baik mandi terus. Tak kira anda kerja sendiri ke cuti ke atau apa-apa je, segera wudhu. Tercabut ikatan kedua. 2-0.

5. Tiga, solat subuh. Berjemaah ialah paling terbaik. Jika dapat buat tahajud atau sunat sebelum subuh laagilah terbaik bak hang. Tercabutlah ikatan terakhir. You win! Alhamdulillah.

6. Ini ikatan yang tak nampak. Ghaib. Nak lawan tak boleh pakai cara biasa. Perlu panduan dari sebaik-baik insan, Nabi Muhammad SAW.

7. Dengan cara ini, diri kita akan menjadi cergas. Aktif dan baik untuk melakukan kerja seharian insyaAllah.

8. Semua dah biasa buatkan. Tinggal lagi kita kena tahu bahawa tiap-tiap pagi kita menang lawan musuh ketat kita. Jadi pasti kita termotivasi melawan perkara lain

9. Bila kita sudah menang di pagi hari, pagi kita boleh menang lawan rasa malas di pagi kerja. Lawan marah dalam traffic jam, dan lawan masalah yang kita hadapi dengan tenang.

10. Hidup penuh dengan ujian. Pastikan sentiasa bersedia untuk menang.

Farid Hadhari
Tak kalah dengan masalah.

Dipetik daripada: https://www.facebook.com/farid.hadhari/posts/2795232227193894