Home Berita PAS Melaka

Sudut BMF : BAZAR MASJID SULTAN ABDULLAH MASJID TANAH

1412
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

Pagi tadi semasa saya sedang mengambil gambar Masjid Sultan Abdullah Masjid Tanah untuk rencana saya tentang masjid yang indah ini saya terlihat satu sudut bazar yang mengandungi beberapa buah kedai. Di hujungnya ada sebuah kedai makan. Saya pun ambil keputusan untuk minum dulu di situ.

Selain kedai makan yang bernama ‘KAFE MASA’, turut dibuka di situ ialah sebuah kedai mini serbaneka bernama ‘MASA SHOP’ dan ‘AMRAN GUNTING RAMBUT MASA’.

Sebaik sampai di kafe itu ada beberapa orang yang saya kenali juga sedang menikmati sarapan pagi di situ. Antaranya seorang kenalan yang saya panggil ‘abang Man’ seorang kontraktor elektrik yang terkenal di Masjid Tanah ini.

Dari perbualan saya dengan abang Man, banyak yang saya dapat maklumat tentang aktiviti Masjid Sultan Abdullah ini. Bazar yang comel ini juga membuktikan kepelbagaian aktiviti yang kita boleh lihat di masjid ini.

Saya juga sempat berbual dengan pemilik kedai serbaneka mini ‘MASA SHOP’. Di MASA SHOP ini ada dijual barang-barang seperti roti, aiskrim, popcorn dan makanan sunnah.

Sementara AMRAN GUNTING RAMBUT MASA pula belum dibuka pada masa itu kerana masih awal pagi. Wah! Senanglah nak gunting rambut lepas ni! Sambil-sambil lepas solat berjemaah boleh gunting rambut, beli makanan ringan atau minum-minum di KAFE MASA.

Seronok tengok orang Islam kita berniaga. Terbaik orang Masjid Tanah! JOM BELI DI  BAZAR MASA – MASJID SULTAN ABDULLAH MASJID TANAH MELAKA!

Penulis adalah Editor Berita PAS Melaka dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Masjid Tanah