‘Tsabat’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang aktivis dakwah sehingga ia memiliki daya tahan dan pantang menyerah terhadap berbagai perkara yang merintanginya sehingga ia mendapatkan cita-citanya atau mati dalam keadaan mulia kerana tetap konsisten di jalanNya.
Dalam ‘Majmu’atur Rasaail’, Imam Hasan Al Banna menjelaskan bahwa yang dimaksudkan dengan ‘tsabat’ adalah orang yang sentiasa bekerja dan berjuang di jalan dakwah yang amat panjang sehingga ia kembali kepada Allah swt dengan kemenangan, samada kemenangan di dunia ataupun mati syahid.
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah swt. maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya”. (QS Al Ahzab : 23)
Sesungguhnya jalan dakwah yang kita lalui ini adalah jalan yang bukan mudah bahkan ianya adalah jalan yang :
• Jauh.
• Panjang.
• Penuh liku.
• Ditaburi dengan halangan dan rintangan, rayuan dan godaan.
Oleh kerana itu dakwah ini sangat memerlukan orang-orang yang memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang tinggi nilainya iaitu orang-orang yang :
• Berjiwa ikhlas.
• Profesional dalam bekerja.
• Berjuang dan beramal.
• Tahan akan berbagai tekanan.
sehingga dengan modal itu mereka akan sampai pada harapan dan cita-citanya.
“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan. Akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir yang memerlukan pertolongan dan orang-orang yang meminta-minta dan memerdekakan hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji dan orang-orang yang bersabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”. (QS Al Baqarah : 177)
Di samping itu, dakwah ini juga sentiasa menghadapi musuh-musuhnya di setiap masa dan zaman sesuai dengan keadaannya masing-masing. Tentulah musuh-musuh ini sangat tidak menginginkan dakwah ini tumbuh dan berkembang sehingga mereka berusaha untuk memangkas pertumbuhan dakwah atau mematikannya kerana dengan tumbuhnya dakwah, ianya akan bertentangan dengan kepentingan hidup mereka.
Oleh kerana itu, dakwah ini memerlukan pemikulnya yang berjiwa teguh menghadapi perjalanan yang panjang dan penuh liku-liku serta musuh-musuhnya. Merekalah orang-orang yang mempunyai ketahanan daya juang yang kukuh.
Marilah sama-sama kita ambil peluang menjadi golongan yang sentiasa diberi rahmat oleh Allah di bulan Ramadhan ini dan golongan yang amalan ibadah kita juga Allah terima.Sama -Sama juga kita berusaha menjadi golongan yang tsabat di jalan Allah dan jalan perjuangan.
#Sejahtera Bersama Islam
Yang Benar,
Sarfaraz Ahmad
Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelutong
{jathumbnail off}