Home Artikel PAS Perlis

Iftar DUN Chuping Dapat Sambutan Menggalakkan

187 views
SHARE

PADANG BESAR : Majlis Tindakan Dun (MTD) Chuping di sini telah menganjurkan satu program iftar perdana peringkat Dun Chuping, pada 2 Jun 2017.

Program yang diadakan di Markas PAS Sungai Jernih ini telah disertai kira-kira 150 orang penduduk. Antara tetamu jemputan yang hadir termasuklah Yang Di Pertua PAS Kawasan Padang Besar, Saudara Kamis Bin Yob.

Sebelum bermulanya majlis berbuka puasa, persiapan tempat dibuat secara gotong-royong pada sebelah petang. Gerak kerja secara gotong-royong ini bukan sahaja mempercepatkan kerja-kerja persiapan tempat tetapi juga mengeratkan hubungan antara para petugas pilihanraya PAS dengan masyarakat setempat.

Apa yang menarik adalah semangat muafakat yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat dalam usaha memastikan majlis iftar ini berjalan dengan lancar, tanpa mengira latar belakang politik. Selain itu, kehadiran yang ramai ke majlis iftar ini juga menunjukkan masyarakat setempat menyambut baik program yang diadakan.

{jathumbnail off}