Home Berita PAS Melaka

Tinta Lajnah Ekonomi : Program Subsidi Upah Perkeso

715
SHARE

Oleh : Haji Rafie Ahmad

Lanjutan dari tulisan saya pada 8 April lepas yang bertajuk ‘Cuti Tanpa Gaji : Apa Implikasinya?’, ada sedikit penambahbaikan berkenaan dengan maklumat no 1 (program pengekalan pekerja – Subsidi Upah Perkeso) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 6 April baru-baru ini.

Penambahbaikan yang dibuat :

1. Syarikat yang mempunyai bilangan pekerja di bawah 75 orang :

a. Jumlah bantuan – RM1,200 sebulan bagi setiap pekerja
b. Tempoh bantuan – 3 bulan
c. Bilangan pekerja yang boleh dituntut – 75 orang
d. Untuk gaji pekerja RM4,000 ke bawah
e. Syarikat mestilah berdaftar dan mencarum dengan Perkeso
f. Tarikh kuatkuasa – 1 April 2020
g. Cara permohonan – perlu dibuat oleh majikan mulai 9 April 2020

2. Syarikat yang mempunyai bilangan pekerja seramai 76 orang – 200 org

Sama seperti di atas kecuali :

a. Jumlah bantuan : RM800 sebulan bagi setiap pekerja
b. Bilangan pekerja yang boleh dituntut – 200 orang
c. Kadar penurunan jualan syarikat sebanyak 50 peratus atau lebih berbanding bulan Januari atau bulan-bulan berikutnya

3. Syarikat yang mempunyai bilangan pekerja lebih dari 200 orang

Sama seperti di atas kecuali :

a. Jumlah bantuan : RM600 sebulan bagi setiap pekerja
b. Bilangan pekerja yang boleh dituntut : 200 orang
c. Kadar penurunan jualan syarikat sebanyak 50% atau lebih berbanding bulan Januari atau bulan- bulan berikutnya

Syarat-syarat lain:

1. Tarikh akhir permohonan : 15 September 2020
2. Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun syarikat dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan.
3. Tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan oleh kerajaan.
4. Majikan telah berdaftar dengan SSM dan telah mula beroperasi sebelum 1 Januari 2020.
5. Majikan disyaratkan mengekalkan pekerjanya untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

Penulis adalah Pengerusi Lajnah Ekonomi Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka