Home Berita PAS Perak

Tinggal dalam kontena, Razman biaya sewa rumah asnaf

97
SHARE
Oleh: Abu Bakar
BAGAN SERAI: ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria sentiasa bersikap optimis dengan tugasnya bagi menjaga kebajikan penduduk setempat khususnya yang mengalami kesempitan hidup.
Susulan tular sebuah keluarga yang terpaksa tinggal di dalam sebuah kontena di Kampung Kubu Gajah, Semanggol, Razman bersama pasukan Pusat Khidmat Gunung Semanggol lantas bergegas ke lokasi yang tersebut selepas menghadiri sebuah program.
Ketika ditemui, Shahrulnizam Jamhari, 49 berkata, kediaman mereka telah musnah dalam sebuah kebakaran di mana keluarga mereka tinggal sehelai sepinggang kerana keseluruhan barang musnah.
Shahrulnizam bekerja sebagai sukarelawan (RELA) dan turut mengambil upah membaiki peralatan elektrik bagi menyara seorang isteri dan tiga orang anak yang masih bersekolah.
“Pakteh sudah minta pegawai Pusat Khidmat untuk mencari rumah sewa. Jika hari ini dapat (rumah sewa), hari ini juga kita akan minta mereka pindah.
“Insya-Allah untuk urusan bayaran sewa rumah, Pusat Khidmat Gunung Semanggol yang akan bayar sehingga rumah mereka siap dibina. Yang penting mereka ada tempat yang selesa selepas ini,” ujar Razman.
Katanya lagi, pihak beliau akan berusaha agar rumah milik Shahrulnizam segera mendapat peruntukan untuk di baik pulih semula.
Turut hadir, Penghulu Tertinggi Daerah Kerian Ahmad Jaiz Rofiee.