Home Berita PAS Perak

PAS Lumut santuni Cina dan Melayu

26
SHARE
Oleh : Che Sam
SERI MANJUNG : PAS Kawasan Lumut telah turun padang menyantuni masyarakat di Batu 8 Lekir dan Pasir Panjang Laut, pagi tadi.
Rutin mingguan Lajnah Kebajikan PAS Lumut pada setiap hari Rabu telah menyantuni 5 buah keluarga cina di Batu 8 Lekir, 4 buah keluarga melayu Teluk Penchalang serta sebuah keluarga saudara baru.
Antara keluarga yang sangat terkesan dengan penularan Covid-19 ialah seorang ibu tunggal yang mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah di samping menjaga emaknya yang uzur.
Kesemua mereka telah menerima sedikit bantuan barangan asas dapur dan sumbangan wang ringgit.
Turut serta dalam ziarah ini Ahli Majlis Perbandaran Manjung merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Lumut, Rosli Abd Rahman, Setiausaha PAS, Hamidun Ahmad yang juga Ahli Majlis dan Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Lumut, Zaharah b Husin.
Kepada para dermawan dan masyarakat yang ingin memberi sumbangan boleh hadir ke Pejabat PAS Kawasan Lumut atau hubungi
Puan Zaharah bt Husin di talian 0195157002.
Banking Online ke no akaun 08059010000292 (BIMB) atas nama Tetuan PAS Kawasan Lumut.