Home Berita PAS Negeri Sembilan

Munajat Perdana mohon kemenangan PN di Negeri Sembilan

120
SHARE

SEREMBAN, 28 Julai: Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan telah mengadakan Munajat Perdana yang telah diadakan di Dewan Perdana KRS, Bandar Kota Warisan Puteri, Seremban di sini malam tadi.

Munajat tersebut diadakan sebagai salah satu usaha untuk memohon kepada Allah agar calon yang bakal bertanding menang dalam Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos nanti.

Majlis munajat bermula dengan solat maghrib berjemaah dan kemudian dikuti dengan pengisytiharan calon-calon PN yang bakal bertanding oleh Pengerusi PN, Negeri Sembilan, Datok Sri Faizal Azumu.

Usai pengisytiharan tersebut, majlis diteruskan dengan solat isyak dan seterusnya munajat bagi memohon kemenangan yang dipimpin oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Jasin, Ustaz Zulkefli Ismail.

Terdahulu, YB Ustaz Zulkefli berucap mengenai kepentingan munajat dan zikir tanpa henti kerana ia merupakan medium utama bagi orang Islam terutamanya untuk PN meraih kemenangan dengan cemerlang dalam PRN nanti.

Sungguh harmoni majlis munajat malam tadi apabila semua hadirin mengenakan pakaian serba putih dan majlis berakhir sebelum jam 11 malam.