Home Artikel PAS Melaka

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka Sempurnakan Perasmian Berkelompok MAT Kota Melaka

223
SHARE

Oleh: Siti Salwani Mohd Kassim

KOTA MELAKA : PAS Kawasan Kota Melaka telah mengadakan majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Agung Tahunan  (MAT) bagi cawangan-cawangan PAS di Kota Melaka di sini semalam. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Wan Zahidi bin Wan Ismail.

Bertempat di Maahad Mahmudiyah Jambatan Duyong, majlis ini disaksikan oleh kira-kira 70 peserta dari 12 cawangan yang aktif dan tiga Dewan-dewan.

Di dalam ucapan perasmiannya, Wan Zahidi mengingatkan ahli-ahli PAS supaya memperkuatkan cawangan masing-masing sebagai persediaan untuk Muafakat Nasional pergi lebih jauh.

“Sebagai ahli kita bersedia dengan kerja-kerja jentera sehingga dapat arahan dari pusat” tambahnya.

Wan Zahidi menasihati ahli samada di peringkat cawangan mahupun kawasan supaya bekerja dalam jamaah dan jangan bekerja secara bersendirian.

“Pembahagian tugas mengikut kelebihan setiap ahli barulah kita temukan kekuatan. Di dalam Amal Jamaie ini pula ada adab-adab, wala’ dan thikah pada pemimpin. Apabila keluar keputusan dan arahan, terimalah apa yang telah diputuskan. Ini kerana PAS di peringkat pusat telah berbincang dan putuskan sebaiknya.” katanya sebelum mengakhiri ucapan.

Turut hadir, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka Abdul Ghapar bin Abdul Wahab dan Timbalan Yang Dipertua Zuhaidi bin Yusof.