Home Artikel PAS Wilayah

Timbalan Menteri Agama Rasmi Dapur It’am Wangsa Maju

272
SHARE

Oleh: Wan Syahirah Wan Jafri

WANGSA MAJU : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ustaz Ahmad Marzuk Shaary diiringi Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh mengadakan lawatan kerja dan perasmian Dapur It’am di Masjid Zaid Bin Haritsah sekaligus menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan fakir miskin di sini Jumaat lalu.

Di kesempatan yang sama, PAS Kawasan Wangsa Maju turut melancarkan program ‘Kasih Sayang Asnaf’ bagi memberikan bantuan kepada keluarga yang terjejas sepanjang PKP di Kampung Sungai Mulia.

Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, Yang Berhormat Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, objektif program ini adalah meringankan beban asnaf yang hilang punca pendapatan.

“Bantuan segera ini memberi tumpuan kepada sumbangan berbentuk keperluan asas berjumlah RM60 setiap keluarga”, jelasnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada YB Timbalan Menteri atas kesudian mengadakan lawatan kerja dan pemberian sumbangan kepada warga Wangsa Maju.

Hadir sama sewaktu program tersebut adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Setiausaha PAS Wangsa Maju, Haji Hairul Harun serta ahli Jawatankuasa PAS Wangsa Maju.