Home Berita PAS Kedah

Timbalan Menteri Agama lakukan kunjung hormat MB Kedah

138
SHARE

ALOR SETAR –¬†Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menerima kunjung hormat daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Ahmad Marzuk Shaary di Wisma Darul Aman, hari ini.

Ahmad Marzuk dalam rangka lawatan kerja ke Pondok Fauzi yang mengalami kebakaran baru-baru ini di Yan, Kedah.

Dalam pertemuan tersebut, mereka bertukar pandangan mengenai pelbagai isu berkaitan kemajuan agama Islam serta beberapa perancangan yang dilakukan oleh pihak Kementerian dan Kerajaan Negeri.

Hadir sama, Setiausaha Politik, Ustaz Afnan Hamimi Mohd Taib dan CEO Menteri Besar Kedah Incorporated,  Haji Mohamad Sobri Osman.